Monday, August 30, 2010

Bismillahi Wal Hamdulillah.. Salam perkenalan dari PAPISMA Pahang.

PAPISMA


PAPISMA adalah merupakan nama ringkas untuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia yang merupakan sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004 dengan dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan yang antara lain tujuannya adalah untuk membimbing ahli dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.

PAPISMA sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu masyarakat nasional dan global memahami dan menjiwai kaedah serta sistem perubatan dan perawatan yang selari dengan al-Qur’an dan Sunnah serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sehingga kini PAPISMA telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang penjagaan kesihatan melalui pelbagai kaedah seperti rawatan kesihatan percuma, bengkel-bengkel kesihatan, ceramah-ceramah, pameran dan sebagainya.

Berpegang kepada moto pertubuhan : Berilmu, Beramal dan Bertaqwa, maka kini PAPISMA sedang mengorak langkah untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan fiqh perubatan selaras dengan ILMU di dada kami, untuk dikongsi dan di AMALkan dalam rangka membina masyarakat dan insan yang berTAQWA.(Laman Web Rasmi : http://www.papisma.org/)

PAPISMA Pahang berada di Zon Tenggara.Di bawah ini adalah senarai nama jawatankuasa penaja PAPISMA Pahang.

AJK PENAJA ZON TENGGARA
Pengerusi : Dr Zainal Abidin Mohamed
Timb. Pengerusi : Dr Khairulsalleh Jalaludin
Setiausaha : Dr Mohd Fadliyazid Ab Rahim
Bendahari : Dr Ahmad Zulfadli Mohamad Nor

Selamat beribadah di 10 malam terakhir Ramadhan.